MENGENAL DIRI
Bila
kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan
menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu
jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi
sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri,
yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita
haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri
terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang
selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin.
Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita
lafaskannya.
Jasmani
tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir
berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang
sentiasa menjadi sebutan kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan
kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini
lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa
lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari
kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di
panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad
atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini,
sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak
ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup
ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan
sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di
ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang
dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa
dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad
untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah
Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka
Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan
bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus
aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang
kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan
seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini
dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah
Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan
bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil
Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan
ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka
cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti
jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama
dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang
ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri)
tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi
"Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi
menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang
telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya
ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya
menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam
nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri
ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran
Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan
tersendiri.
Ini
lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan
dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar
Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan
jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad,
dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal
tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran
pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali
kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya
di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang
tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah
terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu
lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka
pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3
cara:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita
mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga,
tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
- Ianya duduk didalam jasad
- Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
- Dia lah yang Menghidupkan kita
- Punca tenaga
- Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
- Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu
kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan
Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri
nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
Sumber : http://diribathinku.blogspot.com
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !